Home » » Keadaan Sudah Berubah - Cepat buka minda, tambah ilmu seperti mahukan oksigen !!!

Keadaan Sudah Berubah - Cepat buka minda, tambah ilmu seperti mahukan oksigen !!!

Written By Unknown on Saturday 17 January 2015 | 02:40

Zaman informasi merupakan zaman kita tidak memerlukan wang bagi membuat wang. Oleh itu mengapa kita tidak keluar dan membuat wang yang banyak?

Mengapa kita tidak mencari pelabur bagi melabur dalan idea kita supaya kita dapat menjadi kaya?

Jawapannya adalah, biasanya, idea lama yang menjadi penghalang bagi hal ini berlaku.

Dunia online masih baru, idea lama atau kepercayaan lama kita yang diwarisi sejak turun temurun sukar nak dicuci. Tapi proses mencuci kepercayaan lama kita ini tidak mustahil jika dilakukan denga  istiqamah dan sentiasa positif.

Orang paling teruk bekerja dari segi fizikal, dibayar paling sedikit.

Orang yang bekerja dengan tulang empat kerat paling sedikit gaji yang diterima, manakala orang yang paling malas pula dibayar tinggi gajinya. Jangan salahkan sesiapa jika kita tergolong dalam golongan ini, kerana kita yang pilih!.

Ia bermula dari keberanian mencabar idea lama yang dah berkarat dalan fikiran & jiwa. Zaman sekarang zaman informasi dimana bekerja keras seumur hiduo adalah idea lama..

Saya mengajak sesiapa uang membaca aritikel ini perlu belajar bagaimana membuat wang dalam minda kita, bukan hanya fizikal. Marilah kita membina pendapatan pasif dan pendapatan portfolio bukan sekadar pendapatan penggajian biasa.

Sekiranya kita mahukan kebebasan keewangan, kita perlu menjadikan wang bekerja untuk kita. Kita mesti belajar membuat wang dalan kepala kita berbanding fizikal.

Menuntut ilmu secara BERTERUSAN!! amatlah penting untuk kekal relevan pada zaman sekarang.

Berfikir seperti :

Atlit sukan professional & professor universiti.

Atlit sukan professional - kerjaya berakhir apabila atlit muda dapat mengalahkan mereka.

Professor universiti - makin tua, makin bernilai.

"Kita tidak dapat menahan diri dari menjadi tua, tetapi ia tidak bermakna kita perlu tua dari segi mental". Kebanyakkan orang menjadi tua dan ketinggalan kerana mereka berpaut pada jawapan yang betul yang sudah lapuk.

Adakah zaman ini kita memerlukan wang bagi membuat wang?

Jawapanya tidak pada zaman ini. Kita memerlukan ilmu bagi membuat dan menyimpan wang.

Idea tidak perlu baru untuk menjadi kaya, cukup hanya idea yang lebih baik. Orang yang miskin biasanya akan mempertahankan idea lama mereka ataupun mengkritik idea baru.





0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Contributors