Home » » Kisah Penarik Beca

Kisah Penarik Beca

Written By Unknown on Saturday 15 November 2014 | 02:05



Sedekah Kisah penarik beca.

Pak Kasan seorang penarik beca di Jawa tengah Indonesia. Beliau mempunyai amalan bersedekah yang unik. Setiap hari jumaat beliau akan memberikan perkhidmatan secara PERCUMA.

Pada satu hari jumaat beca beliau dinaiki oleh seorang wanita kaya. Setelah sampai ke destinasi, wanita itu mengeluarkan wang untuk Pak Kasan. Namun Pak Kasan menolaknya kerana sememangnya tiap-tiap hari jumaat beliau memberikan servis secara percuma.

Wanita kaya itu tersenyum, namun masih tidak berpuas hati. Pada hari jumaat yang berikutnya wanita kaya itu menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita kaya itu mahu ke rumah Pak Kasan. Tujuannya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Pak Kasan tanpa sebarang prasangka pun mengayuh becanya pulang ke rumah beliau.

Sesampainya wanita kaya itu ke rumah Pak Kasan, beliau mendapati Pak Kasan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik-baik. Sesungguhnya Pak Kasan pada pandangannya seorang yang miskin tapi masih mampu bersedekah. Sedarlah wanita kaya itu sedangkan dia seorang yang kaya masih tidak mampu untuk bersedekah.

Nak dijadikan cerita wanita itu membawa Pak Kasan sekeluarga menunaikan umrah.

Begitulah ceritanya THE POWER OF SEDEKAH. Cerita ini dipetik dari buku mini Mudahnya Menjemput Rezeki - Fathuri Salehudin.

Salah satu markerting tips untuk perniagaan. Lagi banyak beri percuma lagi banyak SALES atau boleh membuatkan perniagaan yang dahulunya biasa-biasa menjadi huru-hara..

Harap bermanfaat.. :-)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Contributors