Home » » KISAH BENAR PENGALAMAN SEORANG KONTRAKTOR -THE POWER OF GIVING

KISAH BENAR PENGALAMAN SEORANG KONTRAKTOR -THE POWER OF GIVING

Written By Unknown on Saturday 8 November 2014 | 18:13

Kisah seorang pemuda - kontraktor..

Kisah pertama

Ketika beliau makan terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak sedang pulang dari sekolah untuk makan di sebuah kedai makan. Beliau kemudian beritahu kepada kanak-kanak tersebut. Orderla ape yang kamu nak makan.. namti pakcik bayar. Selesai makan kanak-kanak tersebut mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu dengan gembiranya.. kemudian pemuda itu membayar dan bil semuanya rm34.70. Dia berasa tenang dan gembira kerana dapat memberi makan kepada kanak-kanak tersebut.
Sebulan selepas itu dengan tidak disangka-sangka beliau mendapat projek bernilai rm347,000.00. Itulah kebesaranNYA jika kita benar-benar yakin konsep the power of giving (sedekah dengan iklas).

Kisah kedua

Setelah selesai solat isyak berjemaah di surau, beliau terdengar rintihan ajk surau dimana kerja-kerja renovation terpaksa dihentikan kerana kekurangan wang rm19,000.00 lagi bagi baki kerja-kerja plaster lantai konkrit. Pihak AJK surau buntu untuk mendapatkan dana kerana bulan puasa makin hampir. Beliau teringat yang akaun bank syarikat mempunyai rm19,010.00. Duit tersebut selalunya diguna untuk modal rolling syarikat untuk jana keuntungan. Beliau rasa sedih dan beranikan diri untuk bantu. Keesokkan harinya beliau pergi ke bank dan mengeluarkan cash rm19000 dan balance akaun beliau tinggal rm10. Alhamdullillah kerja-kerja rwnovation pun dapat diteruskan semula sehingga selesai. Tidak lama kemudian Allah balas cash didunia ini beliau dapat satu lagi projek bernilai rm19,000,000.00. Satu lagi kejaipan yang benar-benar berlaku. Kejadian itu benar-benar menginsafkan beliau dimana betapa pentingnya bersedekah dalam urusan seharian walaupun sekecil-sekecil amount atau bantuan yang dapat kita berikan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Harap-harap perkongsian ini dapat menjadikan asbab untuk melembutkan hati kita terutama saya sendiri kerana ALLAH sayang kita. :-).

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Contributors